Dulu : Para golongan tua menyuruh generasi muda dan menjadi pelapis yang terbilang dihadapan kelak untuk memacu negara ke arah yang lebih baik dalam semua perkara.
Sekarang : Para golongan tua tidak percaya kepada golongan tua dan menggunakan kekerasan untuk menghalang golongan muda yang mempunyai pemikiran seperti yang diingini oleh golongan tua pada masa dulu.
Ramalan masa depan : Kemungkinan tak mustahil para golongan muda sanggup untuk menukar warganegara semata-mata untuk hidup didunia yang lebih bebas dan yang sanggup mendengar luahan golongan muda. Dan tak mustahil,golongan muda yang lain dan seterusnya akan mengikut dan meninggalkan negara yang diperintah oleh golongan tua yang sombong.Tanpa mereka sedari,mereka sudah lemah dan tiada pelapis. Tak mustahil juga ,negara ini akan dijajah kembali ekoran kelemahan sistem pemerintahan yang sudah tua dan berkarat.
Jangan katakan kami pengkhianat negara jikalau kami berbuat sedemikian. Tujuan universiti diwujudkan adalah untuk memastikan pelajar belajar mengenai perkara baru dan memupuk semangat inovatif dalam semua bidang. Jangan katakan kami penjenayah kerana kamu lah penjenayah yang sebenar kerana telah mengehadkan daya kreatif serta inovatif kami. Bukan rakyat yang perlu takutkan kepada pemimpin,tapi pemimpin perlu takutkan kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment